Nadi X Awareness: Webinar Safe - Buli Siber: Apa PERANAN KITA?
24 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23/02/2025 bersamaan hari Ahad, Webinar SAFE - Buli Siber: Apa Peranan Kita? di bawah bimbingan Encik Harith Hidayat telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai isu buli siber, jenis-jenisnya, kesan negatif yang ditimbulkan serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk menanganinya secara berkesan.
Aktiviti Utama:
- Apa itu Buli Siber?
- Jenis-jenis Buli Siber
- Kesan Buli Siber
- Cara Mengatasi Buli Siber
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih mendalam tentang buli siber, meningkatkan kesedaran mengenai bahaya dan kesannya, serta memperkasakan mereka dengan ilmu dan tindakan yang boleh diambil untuk mencegah serta menangani isu ini dalam komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: